Diari Kehidupan


Revolusi Perniagaan Internet

Posted in Uncategorized by syeikh on the March 30, 2007

Adakah anda sedang berjinak-jinak dengan bisness internet? Tahniah, anda sebenarnya telah mengambil langkah yang betul dan saya jamin ia boleh membantu anda menambah pendapatan yang lumayan. Tetapi ingat, orang-orang yang berjiwa besar, tidak mudah berputus asa, sanggup mengambil risiko dan orang-orang yang berfikiran positif sahaja boleh berjaya dalam bidang ini. Saya harap anda tergolong dalam golongan tersebut.

Kenapa Perniagaan Internet ?

Perniagaan Internet pada hari ini telah melahirkan ramai jutawan di peringkat global. Malaysia juga telah melahirkan jaguh-jaguh ini seperti Dr. Irfan Khairi, Gobala Krishnan dan lain-lain lagi.

Kelebihan Perniagiaan Internet

1. Tidak memerlukan modal besar dan ruang pejabat

Bagi perniagaan konvensional lain, ia memerlukan ruang pejabat yang besar untuk pengurusan dan setor untuk penyimpanan barang dan ini tentunya memerlukan modak yang besar bukan? Mungkin sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit. Tetapi tidak untuk anda yang menjalankan bisness internet…kenapa? kerana anda tidak memerlukan itu semua dan modalnya hanyalah kecil sekitar RM500 dan mungkin lebih rendah lagi.

Mula-mula saya buat bisness internet hanyalah dengan RM30 sahaja. Anda tidak percaya? Tetapi itulah kebenarannya dan daripada RM30 itu, ia telah berubah menjadi 10 hingga 20 kali ganda sekarang untuk setiap bulan. Memang berbaloi… kenapa saya katakan anda tidak memerlukan premis perniagaan yang besar? Kerana anda hanya perlukan sebuah website sahaja. Sebuah website yang bagus menyamai sebuah gedung perniagaan malah lebih daripada itu.

Lebih tepat lagi, anda hanya perlukan sebuah komputer yang mempunyai talian internet, sebuah meja dan sebuah kerusi. Itu

2. Tidak memerlukan ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka

Dengan perniagaan internet, anda bukan sahaja tidak memerlukan ramai pekerja tetapi anda boleh melakukannya hanya seorang diri. Segala-galanya digital dan automatik. Bagi perniagaan konvensional lain, mereka memerlukan ramai pekerja tetap dan sudah tentunya perlu membayar gaji mereka apabila cukup bulan bukan? Di sinilah keuntungan anda,

3. Mempunyai banyak masa terluang

Anda boleh melakukannya hanya bersama isteri tersayang atau suami, di rumah dan mempunyai banyak masa untuk anak-anak anda. Anugerah yang paling besar ialah anda dapat melihat perkembangan anak-anak anda di depan mata sehingga mereka dewasa.

Jika orang lain terpaksa bangun pagi seawal 7.00 pagi dan terpaksa menempuhi jalan raya yang sesak untuk ke pejabat, anda masih boleh membungkus diri di dalam selimut. ( tapi jangan lupa bangun solat subuh pulak..hehe).

11 Formula Mencapai Apa Sahaja Matlamat Anda

Posted in Tips-Tips Bisness Internet by syeikh on the March 30, 2007

Untuk mencapai kejayaan, kita memerlukan matlamat dan tahu arah tuju. Tanpa matlamat, kita seolah-olah seorang yang buta tanpa tongkat.  Setelah sekian lama saya menyepi kerana kesibukan, saya kembali lagi untuk menceritakan resepi saya mencapai kejayaan.

Untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, kita hanya perlu tahu dan bertindak berdasarkan 11 formula ini sahaja.

1: Keinginan

Pertama sekali  yang menentukan kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapaimatlamat tersebut.

Keinginan umpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi besar ia akan membakar keinginan jiwa anda untuk mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan dalam diri anda.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya ialah kerana takut pada kegagalan. Maka anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan mendorong anda mengambil langkah pertama tersebut.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya dari dahulu hingga kini ” jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu”.

Lagu yang popular pada tahun 80-an. Ya, bunyinya macam cliche, tapi ia memang membawa mesej yang amat besar.

Dalam usaha untuk mencapai apa jua  cita-cita anda, anda mesti mempunyai keyakinan yang cit-cita akan dapat dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda  untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub…anda tidak perlu meyakinkan orang ramai, tapi anda perlu meyakinkan diri anda sendiri. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai…memadai anda menunjukkan cita-cita anda akan tercapai, secara automatik ia akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat, anda perlu realistik. matlamat yang realistik akan membantu diri anda mendapat keyakinan. Sebagai contoh, usaha untuk mendapatkan kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun adalah tidak realistik. Tapi, jika anda usahakan untuk mendapat kenaikan gaji 20% setahun adalah realistik.

Matlamat yang realistik akan membantu diri anda, tetapi matlamat yang tidak realistik akan membunuh keyakinan anda.

3: Tuliskan matlamat anda

Ini AMAT penting. Dalam dunia ini, hanya 2% dari golongan dewasa yang menulis matlamat mereka. Baki 98% adalah tidak menulis matlamat mereka…mungkin tiada matlamat hidup, atau sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda seolah-olah anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri.  matlamat itu akan sentiasa  tersemat difikiran anda secara sedar  atau separa sedar anda yang akan sentiasa mengingatkan anda untuk jangan berlengah mencapai matlamat tersebut.

Matlamat yang tidak tertulis umpama angan-angan kosong,tiada perjanjian untuk mencapainya.

Bersambung……………

Apa Yang Perlu Anda Tahu…

Posted in Tips-Tips Bisness Internet by syeikh on the December 23, 2006

Anda Perlu Tahu Ini…

Pengguna internet seluruh dunia pada akhir tahun 2005 adalah seramai 1,018,057,389 (1 Bilion) berdasarkan laporan Internet World Stats.

Menurut NITC, jumlah pengguna internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 orang pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Sejak tahun 2000, kadar penambahan penggunaan internet di Malaysia adalah hampir 200%.

Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna internet di Eropah (290.12 juta) dan Amerika Syarikat (225.8 juta) pada Disember 2005.

Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna internet di Malaysia. Bahasa Malaysia juga boleh difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna internet Singapura, dan pengguna internet di Brunei. Jumlah keseluruhan pengguna internet yang boleh memahami Bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta orang.

Dan Faedahnya Kepada Anda…

Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam Bahasa Malaysia. Lihat sahaja statitik pengguna internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Dan paling penting peratusan ini akan bertambah setiap tahun. Tunggu apa lagi? Jom jalankan bisness Internet anda hari ini!! Jika anda memerlukan tunjuk ajar, sila emailkan kepada saya atau menghubungi saya. Insya-Allah, saya akan membantu anda apa yang termampu.

sekian, terima kasih

Semoga berjumpa di puncak kejayaan !!!

Penjimat Minyak Petrol Terunggul

Posted in Bisness Internet by syeikh on the December 7, 2006

Interlink.com

Bila tengok meter minyak, rasa geram jer… ” Ermmm..cepatnya minyak kereta aku habis.. rasa macam baru jer isi…” Adakah anda salah seorang pengguna yang merungut seperti di atas? Di sebabkan harga minyak dunia naik mendadak akhir-akhir ini,setiap orang terkena tempiasnya. Kita tidak boleh salahkan kerajaan semata-mata kerana ia berkaitan dengan harga minyak dunia, konflik di Asia Barat dan sebagainya. Kerajaan kita juga sudah memberi banyak subsidi kepada rakyat negara ini.

Adakah anda mahu jimat lagi? Adakah anda berharap petrol anda tidak habis secepat sekarang lagi? Di sini ada rahsianya. Dengan terhasilnya Produk X, kini anda boleh berasa lega dengan tambahan 100km dari setiap tangki penuh yang di isi petrol ataupun diesel.

Anda nak tahu apa  itu produk X, sila klik di sini. Untuk pengetahuan anda, produk ini baru di lancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan 9/2006 lepas .

Dapatkannya Sekarang !!!

Rahsia Menjana Pendapatan Menggunakan SMS

Posted in Bisness Internet by syeikh on the December 4, 2006

Bila menyebut buat duit melalui sms, mungkin anda terfikir kandungan ebook ini mengenai program menjual prepaid melalui sms yang semakin popular di internet sekarang.Tetapi ebook ini sebenarnya memberitahu kita cara berniaga menggunakan sms.

Ebook “Rahsia Buat Duit Dengan SMS” merupakan satu pendedahan kepada umum tentang rahsia buat duit dengan SMS yang telah menjadi tradisi rancangan-rancangan seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasi, Mentor dan sebagainya. Kini anda juga boleh membuat duit dengan SMS seperti mereka.”

Hari ini, jika anda tahu syarikat Maxis dan Astro ( satu syarikat yang sama) telah mendapat berjuta-juta pendapatan daripada rancangan-rancangan seperti di atas. Mungkin anda juga salah seorang yang menjadi pengundi dalam program tersebut dan telah melabur untuk Maxis dengan SMS anda itu. Sekarang, mahukah anda menjadi seperti syarikat tersebut dan mendapat pendapatan melalui SMS orang lain yang di ‘charge’ kan untuk anda bila ber’SMS’. Ketahui rahsianya dengan mendapatkan e-book ini sekarang.

Sekarang, anda yang bermodal kecil juga mampu mengaut keuntungan dan menjadi kaya !!! Klik Di sini Untuk Maklumat Lanjut !!!

Menjana Pendapatan Melalui Blog

Posted in Uncategorized by syeikh on the December 3, 2006

Panduan Bina Blog WordPressBlog adalah laman web berupa diari di internet yang sentiasa dikemaskinikan dengan pelbagai cerita, pendapat, peristiwa, dan sebagainya.
Blog mempunyai pelbagai ciri menarik yang mudah dilaksanakan pemilik blog. Ciri-ciri adalah seperti mengemaskini isi kandungan, memberi komentar dan pendapat, berhubung antara pengguna laman web, dan juga membina jaringan laman web.

Hasil kajian menunjukkan peratus pengaruh pengguna laman web pada blog meningkat setiap bulan.

Bagaimana cara wang dihasilkan daripada blog?
1. BLOG membantu di dalam pemasaran di internet. Blog dapat mengeratkan perniagaan anda dengan pengguna internet di mana mereka dapat mengenali anda dengan lebih dekat lagi.

2. Di Malaysia, penulis novel, pelakon, penyanyi, dan para usahawan sudah mula menceburi penulisan blog ini. Hasilnya adalah menguntungkan di mana promosi mereka amat berkesan menerusi blog.

3. Blog yang bersifat interaktif membolehkan pengguna internet yang berminat baik dengan produk / perkhidmatan yang diberikan ataupun dengan pemilik laman web itu mengeratkan hubungan di antara pengunjung dengan pemilik blog.

4. Blog sentiasa dikemaskinikan. Maka sudah pasti pengunjung yang berminat akan terus datang setiap hari melihat sesuatu yang baru. Anda tidak perlu memberitahu mereka selepas anda melakukan pengemaskinian kerana pasti pengunjung anda akan datang semula ke blog anda.

5. Blog juga berupa harta intelek anda. Anda dapat menulis sesuatu perkara bagi dikongsikan bersama pengunjung blog anda. Dengan adanya artikel-artikel hasil penulisan anda, blog anda mempunyai lebih maklumat dan dapat menarik pengunjung .

6. Blog membina kredibiliti. Anda menjadi pakar dengan apa yang anda tulis di dalam blog.

7. Blog dapat membina keyakinan pengunjung dengan apa yang anda tulis. Sudah pasti isi kandungan yang dikenali sebagai ENTRY sedikit sebanyak dapat meyakinkan pembaca blog anda dengan apa yang anda bincangkan.

8. Blog mempunyai komuniti yang besar. Blog dapat membina jaringan perniagaan anda dengan mudah. Ia memberi kesan yang besar di dalam pemasaran viral.

9. Blog adalah PERCUMA.

10. Syarikat menyediakan perkhidmatan blog sudah sedia popular. Maka blog anda juga akan turut popular kerana setiap blog yang wujud mempunyai pautan terus dengan syarikat itu.

Sepuluh faedah sudah disenaraikan jika anda mempunyai blog. Blog dapat menjadikan minat di samping anda menjana untung.

Contoh-contoh syarikat yang menawarkan perkhidmatan blog adalah seperti:
http://www.blogger.com
http://www.blogdrive.com
http://www.livejournal.com
http://www.diaryland.com

Ingat, pengaruh blog semakin meningkat setiap hari. Begitu juga penulis blog. Anda seharusnya tidak melepaskan peluang ini di dalam memasarkan produk/perkhidmatan perniagaan anda.

Panduan Bina Blog WordPress

Panduan Asas WordPress : Bina Blog Dan Jana Pendapatan Melaluinya

Posted in Bisness Internet by syeikh on the December 3, 2006

Panduan Asas Membina Blog Dengan WordPress

Mahukan anda menjana pendapatan dengan menggunakan blog? Atau mendapatkan trafik (bakal pembeli) ke laman web perniagaan internet anda dengan mudah melalui blog? 

Sudah ramai yang berjaya ‘membuat duit’ samada secara sampingan atau sepenuh masa dengan hanya menggunakan blog. Ada juga mereka yang menjadikan blog sebagai ‘pintu masuk’ untuk pelawat ke laman web jualan produk mereka. Tetapi, anda perlu bermula dengan betul dan bersistematik, dan semuanya memerlukan satu strategi dan teknik yang berkesan.

Kelebihan memiliki blog adalah:

  • Membina kredibiliti bagi kepakaran anda

  • Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda

  • Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate

  • Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan anda

Anda kini sudah dapat menjadi seorang blogger sepertimana yang lain dengan Pakej Ebook Kit Blogger yang dihasilkan oleh seorang blogger berpengalaman, yang juga sebagai usahawan internet iaitu Mohd Zulfadli atau lebih dikenali sebagai SmartZul.

Panduan Asas Membina Blog WordPress

Dapatkannya Sekarang !!! 

Menjana Pendapatan Melalui Google Adsense

Posted in Bisness Internet by syeikh on the December 3, 2006

Reloadpoint4U.com

Tahukah anda..

Sean Wu dari Thailand yang berusia 24 tahun memperoleh pendapatan US48,583 sebulan dengan hanya mengendali dan menyelengarakan Blog dari bilik tidur. Apa yang dilakukannya hanya meletakkan iklan Google pada blog beliau. Klik di sini untuk mengetahui rahsianya…

Perniagaan Yang Bergerak Maju

Posted in Tips-Tips Bisness Internet by syeikh on the November 30, 2006

Dalam perniagaan, sekiranya anda tidak bergerak, maka, anda akan ditumpaskan oleh pesaing anda.

Pepatah cowboy berbunyi “A moving target is harder to get shot”

Kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, besarkan pasaran anda, perbaiki produk anda… apa sahaja asalkan anda tidak terasa selesa dengan keadaan semasa perniagaan anda.

Mana tahu, sekiranya anda tidak bergerak, pesaing anda sedang…

“Ready… I am… FIRE!”

Perniagaan memang perlu bergerak. Minda kita juga perlu bergerak dengan idea yang kreatif dan berinovasi untuk berdepan dengan segala cabaran dalam dunia perniagaan masa kini.

Motivasi Anda

Posted in Tips-Tips Bisness Internet by syeikh on the November 30, 2006

Revolusi minda? Motivasi? Merekacipta kerja? Minda niaga? Lasak berniaga?

Motivasi akan terus menggerakkan seseorang ke arah kejayaan demi kejayaan. Jika anda memulakan sesuatu kursus perniagaan internet untuk pertama kali ( contoh jer…) anda tidak akan tahu di mana kesilapan dan di mana kejayaan yang bakal anda perolehi.

Apa jua jenis perniagaan yang ingin anda mulakan, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal merintangi kejayaan yang ingin anda gapai tersebut.

Ini sekadar pendapat saya sahaja la. Sekadar nak bagi bantuan dan sokongan penuh pada mereka yang ingin memulakan perniagaan dan juga otai2 internet yang bangkit memberikan kesedaran dari lena yang membuai… hamboih mak! Hehe…

Anda perlu BERANI GAGAL!

Walau apapun, jika anda mahukan motivasi terus subur dalam minda dan diri anda, tidak ada jalan lain kecuali dengan memotivasikan diri kita untuk terus maju ke hadapan. Tambahan pula kita turut memotivasikan orang lain sama.

Sebagaimana dalam kaset dr fadzilah kamsah… anda motivasikan orang dengan bersungguh2, anda sendiri akan termotivasi sama. Naik syeikh sama… aaaa nampak?


Kalau tak ada motivasi macam mana nak berniaga?

“Semacam je hari ni, tak meniaga ke?”

”tak ada semangat ler”

Aisey men, semangat padam terus nak berniaga? Putus asa punya pasal. Lagikan orang yang telah berjaya banyak jugak cabaran yang mendatang. Inikan pula anda yang bermula dengan ala kadar sahaja.

Modal rendah atau tinggi menuntut kita memberikan komitmen padu terhadap perniagaan kita. Jika kita tak berikan FOKUS yang sepenuhnya terhadap perniagaan kita, maka jalan yang terakhir adalah dengan melingkupkannya separuh jalan sahaja.

”nampaknya bidang perniagaan bukan selayaknya untuk aku, kalu beginilah gayanya tak payah berniaga lagi baik”

Suka atau tidak anda perlu teruskan urusniaga anda biarpun terpaksa memulakannya semula. Memperbaiki dan menetapkan kembali matlamat yang ingin di gapai.

Merekacipta kerja?

Apa yang perlu anda lakukan hari ini?

Lakukan sedikit kerja hari ini untuk menghasilkan sedikit demi sedikit keuntungan yang berganda. Anda hanya perlu bergerak sedikit demi sedikit ke arah perubahan. Samada dari sudut minda dengan merevolusikan minda anda. Budaya niaga yang perlu diterapkan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Bagaimana anda merekacipta kerja? Dengan merekacipta kerja yang perlu anda lakukan dalam perniagaan, anda sedang membina suatu budaya niaga yang jitu dalam diri anda.

Jika tidak, anda tidak akan dapat menghasilkan apa-apa keuntungan pada hari ini tanpa sebarang usaha yang cukup bermanfaat. Gunakan masa yang ada ini untuk membina kerjaya perniagaan dan membudayakannya sebagai suatu rutin kehidupan harian kita.

Sekadar pandangan umum. Sekian terima kasih.