Motivasi Anda
Revolusi minda? Motivasi? Merekacipta kerja? Minda niaga? Lasak berniaga?
Motivasi akan terus menggerakkan seseorang ke arah kejayaan demi kejayaan. Jika anda memulakan sesuatu kursus perniagaan internet untuk pertama kali ( contoh jer…) anda tidak akan tahu di mana kesilapan dan di mana kejayaan yang bakal anda perolehi.
Apa jua jenis perniagaan yang ingin anda mulakan, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal merintangi kejayaan yang ingin anda gapai tersebut.
Ini sekadar pendapat saya sahaja la. Sekadar nak bagi bantuan dan sokongan penuh pada mereka yang ingin memulakan perniagaan dan juga otai2 internet yang bangkit memberikan kesedaran dari lena yang membuai… hamboih mak! Hehe…
Anda perlu BERANI GAGAL!
Walau apapun, jika anda mahukan motivasi terus subur dalam minda dan diri anda, tidak ada jalan lain kecuali dengan memotivasikan diri kita untuk terus maju ke hadapan. Tambahan pula kita turut memotivasikan orang lain sama.
Sebagaimana dalam kaset dr fadzilah kamsah… anda motivasikan orang dengan bersungguh2, anda sendiri akan termotivasi sama. Naik syeikh sama… aaaa nampak?
Kalau tak ada motivasi macam mana nak berniaga?
“Semacam je hari ni, tak meniaga ke?”
”tak ada semangat ler”
Aisey men, semangat padam terus nak berniaga? Putus asa punya pasal. Lagikan orang yang telah berjaya banyak jugak cabaran yang mendatang. Inikan pula anda yang bermula dengan ala kadar sahaja.
Modal rendah atau tinggi menuntut kita memberikan komitmen padu terhadap perniagaan kita. Jika kita tak berikan FOKUS yang sepenuhnya terhadap perniagaan kita, maka jalan yang terakhir adalah dengan melingkupkannya separuh jalan sahaja.
”nampaknya bidang perniagaan bukan selayaknya untuk aku, kalu beginilah gayanya tak payah berniaga lagi baik”
Suka atau tidak anda perlu teruskan urusniaga anda biarpun terpaksa memulakannya semula. Memperbaiki dan menetapkan kembali matlamat yang ingin di gapai.
Merekacipta kerja?
Apa yang perlu anda lakukan hari ini?
Lakukan sedikit kerja hari ini untuk menghasilkan sedikit demi sedikit keuntungan yang berganda. Anda hanya perlu bergerak sedikit demi sedikit ke arah perubahan. Samada dari sudut minda dengan merevolusikan minda anda. Budaya niaga yang perlu diterapkan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata.
Bagaimana anda merekacipta kerja? Dengan merekacipta kerja yang perlu anda lakukan dalam perniagaan, anda sedang membina suatu budaya niaga yang jitu dalam diri anda.
Jika tidak, anda tidak akan dapat menghasilkan apa-apa keuntungan pada hari ini tanpa sebarang usaha yang cukup bermanfaat. Gunakan masa yang ada ini untuk membina kerjaya perniagaan dan membudayakannya sebagai suatu rutin kehidupan harian kita.
Sekadar pandangan umum. Sekian terima kasih.