Apa Yang Perlu Anda Tahu…
Anda Perlu Tahu Ini…
Pengguna internet seluruh dunia pada akhir tahun 2005 adalah seramai 1,018,057,389 (1 Bilion) berdasarkan laporan Internet World Stats.
Menurut NITC, jumlah pengguna internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 orang pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Sejak tahun 2000, kadar penambahan penggunaan internet di Malaysia adalah hampir 200%.
Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna internet di Eropah (290.12 juta) dan Amerika Syarikat (225.8 juta) pada Disember 2005.
Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna internet di Malaysia. Bahasa Malaysia juga boleh difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna internet Singapura, dan pengguna internet di Brunei. Jumlah keseluruhan pengguna internet yang boleh memahami Bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta orang.
Dan Faedahnya Kepada Anda…
Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam Bahasa Malaysia. Lihat sahaja statitik pengguna internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Dan paling penting peratusan ini akan bertambah setiap tahun. Tunggu apa lagi? Jom jalankan bisness Internet anda hari ini!! Jika anda memerlukan tunjuk ajar, sila emailkan kepada saya atau menghubungi saya. Insya-Allah, saya akan membantu anda apa yang termampu.
sekian, terima kasih
Semoga berjumpa di puncak kejayaan !!!