Revolusi Perniagaan Internet
Adakah anda sedang berjinak-jinak dengan bisness internet? Tahniah, anda sebenarnya telah mengambil langkah yang betul dan saya jamin ia boleh membantu anda menambah pendapatan yang lumayan. Tetapi ingat, orang-orang yang berjiwa besar, tidak mudah berputus asa, sanggup mengambil risiko dan orang-orang yang berfikiran positif sahaja boleh berjaya dalam bidang ini. Saya harap anda tergolong dalam golongan tersebut.
Kenapa Perniagaan Internet ?
Perniagaan Internet pada hari ini telah melahirkan ramai jutawan di peringkat global. Malaysia juga telah melahirkan jaguh-jaguh ini seperti Dr. Irfan Khairi, Gobala Krishnan dan lain-lain lagi.
Kelebihan Perniagiaan Internet
1. Tidak memerlukan modal besar dan ruang pejabat
Bagi perniagaan konvensional lain, ia memerlukan ruang pejabat yang besar untuk pengurusan dan setor untuk penyimpanan barang dan ini tentunya memerlukan modak yang besar bukan? Mungkin sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit. Tetapi tidak untuk anda yang menjalankan bisness internet…kenapa? kerana anda tidak memerlukan itu semua dan modalnya hanyalah kecil sekitar RM500 dan mungkin lebih rendah lagi.
Mula-mula saya buat bisness internet hanyalah dengan RM30 sahaja. Anda tidak percaya? Tetapi itulah kebenarannya dan daripada RM30 itu, ia telah berubah menjadi 10 hingga 20 kali ganda sekarang untuk setiap bulan. Memang berbaloi… kenapa saya katakan anda tidak memerlukan premis perniagaan yang besar? Kerana anda hanya perlukan sebuah website sahaja. Sebuah website yang bagus menyamai sebuah gedung perniagaan malah lebih daripada itu.
Lebih tepat lagi, anda hanya perlukan sebuah komputer yang mempunyai talian internet, sebuah meja dan sebuah kerusi. Itu
2. Tidak memerlukan ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka
Dengan perniagaan internet, anda bukan sahaja tidak memerlukan ramai pekerja tetapi anda boleh melakukannya hanya seorang diri. Segala-galanya digital dan automatik. Bagi perniagaan konvensional lain, mereka memerlukan ramai pekerja tetap dan sudah tentunya perlu membayar gaji mereka apabila cukup bulan bukan? Di sinilah keuntungan anda,
3. Mempunyai banyak masa terluang
Anda boleh melakukannya hanya bersama isteri tersayang atau suami, di rumah dan mempunyai banyak masa untuk anak-anak anda. Anugerah yang paling besar ialah anda dapat melihat perkembangan anak-anak anda di depan mata sehingga mereka dewasa.
Jika orang lain terpaksa bangun pagi seawal 7.00 pagi dan terpaksa menempuhi jalan raya yang sesak untuk ke pejabat, anda masih boleh membungkus diri di dalam selimut. ( tapi jangan lupa bangun solat subuh pulak..hehe).
11 Formula Mencapai Apa Sahaja Matlamat Anda
Untuk mencapai kejayaan, kita memerlukan matlamat dan tahu arah tuju. Tanpa matlamat, kita seolah-olah seorang yang buta tanpa tongkat. Setelah sekian lama saya menyepi kerana kesibukan, saya kembali lagi untuk menceritakan resepi saya mencapai kejayaan.
Untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, kita hanya perlu tahu dan bertindak berdasarkan 11 formula ini sahaja.
1: Keinginan
Pertama sekali yang menentukan kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapaimatlamat tersebut.
Keinginan umpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi besar ia akan membakar keinginan jiwa anda untuk mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan dalam diri anda.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya ialah kerana takut pada kegagalan. Maka anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan mendorong anda mengambil langkah pertama tersebut.
2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya dari dahulu hingga kini ” jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu”.
Lagu yang popular pada tahun 80-an. Ya, bunyinya macam cliche, tapi ia memang membawa mesej yang amat besar.
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda mesti mempunyai keyakinan yang cit-cita akan dapat dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub…anda tidak perlu meyakinkan orang ramai, tapi anda perlu meyakinkan diri anda sendiri. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai…memadai anda menunjukkan cita-cita anda akan tercapai, secara automatik ia akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat, anda perlu realistik. matlamat yang realistik akan membantu diri anda mendapat keyakinan. Sebagai contoh, usaha untuk mendapatkan kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun adalah tidak realistik. Tapi, jika anda usahakan untuk mendapat kenaikan gaji 20% setahun adalah realistik.
Matlamat yang realistik akan membantu diri anda, tetapi matlamat yang tidak realistik akan membunuh keyakinan anda.
3: Tuliskan matlamat anda
Ini AMAT penting. Dalam dunia ini, hanya 2% dari golongan dewasa yang menulis matlamat mereka. Baki 98% adalah tidak menulis matlamat mereka…mungkin tiada matlamat hidup, atau sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda seolah-olah anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. matlamat itu akan sentiasa tersemat difikiran anda secara sedar atau separa sedar anda yang akan sentiasa mengingatkan anda untuk jangan berlengah mencapai matlamat tersebut.
Matlamat yang tidak tertulis umpama angan-angan kosong,tiada perjanjian untuk mencapainya.
Bersambung……………