Diari Kehidupan


11 Formula Mencapai Apa Sahaja Matlamat Anda

Posted in Tips-Tips Bisness Internet by syeikh on the March 30, 2007

Untuk mencapai kejayaan, kita memerlukan matlamat dan tahu arah tuju. Tanpa matlamat, kita seolah-olah seorang yang buta tanpa tongkat.  Setelah sekian lama saya menyepi kerana kesibukan, saya kembali lagi untuk menceritakan resepi saya mencapai kejayaan.

Untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, kita hanya perlu tahu dan bertindak berdasarkan 11 formula ini sahaja.

1: Keinginan

Pertama sekali  yang menentukan kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapaimatlamat tersebut.

Keinginan umpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi besar ia akan membakar keinginan jiwa anda untuk mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan dalam diri anda.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya ialah kerana takut pada kegagalan. Maka anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan mendorong anda mengambil langkah pertama tersebut.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya dari dahulu hingga kini ” jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu”.

Lagu yang popular pada tahun 80-an. Ya, bunyinya macam cliche, tapi ia memang membawa mesej yang amat besar.

Dalam usaha untuk mencapai apa jua  cita-cita anda, anda mesti mempunyai keyakinan yang cit-cita akan dapat dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda  untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub…anda tidak perlu meyakinkan orang ramai, tapi anda perlu meyakinkan diri anda sendiri. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai…memadai anda menunjukkan cita-cita anda akan tercapai, secara automatik ia akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat, anda perlu realistik. matlamat yang realistik akan membantu diri anda mendapat keyakinan. Sebagai contoh, usaha untuk mendapatkan kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun adalah tidak realistik. Tapi, jika anda usahakan untuk mendapat kenaikan gaji 20% setahun adalah realistik.

Matlamat yang realistik akan membantu diri anda, tetapi matlamat yang tidak realistik akan membunuh keyakinan anda.

3: Tuliskan matlamat anda

Ini AMAT penting. Dalam dunia ini, hanya 2% dari golongan dewasa yang menulis matlamat mereka. Baki 98% adalah tidak menulis matlamat mereka…mungkin tiada matlamat hidup, atau sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda seolah-olah anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri.  matlamat itu akan sentiasa  tersemat difikiran anda secara sedar  atau separa sedar anda yang akan sentiasa mengingatkan anda untuk jangan berlengah mencapai matlamat tersebut.

Matlamat yang tidak tertulis umpama angan-angan kosong,tiada perjanjian untuk mencapainya.

Bersambung……………

Leave a Reply