Diari Kehidupan


Pengenalan

Posted in Uncategorized by syeikh on November 30, 2006

Pendapatan Sampingan Internet

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat semua. Nama saya Mohd Zainuddin B Che Ismail, masih belajar di Universiti Malaya dalam jurusan Sains Geologi dan di tahun dua pengajian. Tahniah daripada saya kerana sahabat – sahabat memilih bidang internet sebagai suatu cara untuk menambahkan pendapatan.

Saya mula berjinak-jinak dengan bidang membuat wang di internet ketika masih di tahun pertama , dan menjadi semakin serius bila memasuki tahun dua dengan tuntuk ajar dari profesional internet Malaysia seperti En Sukeri, Smartzul dan lain-lain. Bagi saya, cara ini sangat menguntungkan dan lebih daripada berbaloi jika kena pada caranya. Telah banyak program-program menjana pendapatan di internet yang saya ceburi, dan ia semuanya menghasilkan pendapatan yang menakjubkan. Antaranya Google Adsense, Sistem Affiliate, dan sekarang masih mengkaji untuk menjual produk di internet.

Saya mengesyorkan lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang ini kerana ianya sangat menguntungkan dan prospeknya adalah dari seluruh dunia. Jika anda tidak percaya, saya mencabar anda supaya mengkaji kenyataan saya ini. Tetapi ingat, orang-orang yang berjiwa besar, tidak mudah berputus asa, sanggup mengambil risiko dan orang-orang yang berfikiran positif sahaja boleh berjaya dalam bidang ini. Saya harap anda tergolong dalam golongan tersebut.

Kenapa Perniagaan Internet ?

Perniagaan Internet pada hari ini telah melahirkan ramai jutawan di peringkat global. Malaysia juga telah melahirkan jaguh-jaguh ini seperti Dr. Irfan Khairi, Gobala Krishnan dan lain-lain lagi.

Kelebihan Perniagaan Internet

1. Tidak memerlukan modal besar dan ruang pejabat

Bagi perniagaan konvensional lain, ia memerlukan ruang pejabat yang besar untuk pengurusan dan setor untuk penyimpanan barang dan ini tentunya memerlukan modak yang besar bukan? Mungkin sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit. Tetapi tidak untuk anda yang menjalankan bisness internet…kenapa? kerana anda tidak memerlukan itu semua dan modalnya hanyalah kecil sekitar RM500 dan mungkin lebih rendah lagi.

Mula-mula saya buat bisness internet hanyalah dengan RM30 sahaja. Anda tidak percaya? Tetapi itulah kebenarannya dan daripada RM30 itu, ia telah berubah menjadi 10 hingga 20 kali ganda sekarang untuk setiap bulan. Memang berbaloi… kenapa saya katakan anda tidak memerlukan premis perniagaan yang besar? Kerana anda hanya perlukan sebuah website sahaja. Sebuah website yang bagus menyamai sebuah gedung perniagaan malah lebih daripada itu.

Lebih tepat lagi, anda hanya perlukan sebuah komputer yang mempunyai talian internet, sebuah meja dan sebuah kerusi. Itu

2. Tidak memerlukan ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka

Dengan perniagaan internet, anda bukan sahaja tidak memerlukan ramai pekerja tetapi anda boleh melakukannya hanya seorang diri. Segala-galanya digital dan automatik. Bagi perniagaan konvensional lain, mereka memerlukan ramai pekerja tetap dan sudah tentunya perlu membayar gaji mereka apabila cukup bulan bukan? Di sinilah keuntungan anda,

3. Mempunyai banyak masa terluang

Anda boleh melakukannya hanya bersama isteri tersayang atau suami, di rumah dan mempunyai banyak masa untuk anak-anak anda. Anugerah yang paling besar ialah anda dapat melihat perkembangan anak-anak anda di depan mata sehingga mereka dewasa.

Jika orang lain terpaksa bangun pagi seawal 7.00 pagi dan terpaksa menempuhi jalan raya yang sesak untuk ke pejabat, anda masih boleh membungkus diri di dalam selimut. ( tapi jangan lupa bangun solat subuh pulak..hehe).

 

Anda mempunyai lebih masa untuk bersama isteri dan anak-anak. Anda boleh pergi membeli belah, melancong, mengerjakan haji dan umrah bersama keluarga tanpa terikat dengan pekerjaan lagi kerana semuanya komputer anda yang settlekan. Satu anugerah yang besar bila anda dapat melihat perkembangan dan tumbesaran anak-anak anda di depan mata sendiri. Jika anda bekerja di luar, kerja 8 jam sehari, kalau ada kerja overtime kena tambah 4 jam lagi…jadi, bilakah masa anda untuk bersama isteri dan anak-anak anda? Hendakkah anda, anak-anak anda dibesarkan oleh orang gaji anda sehingga anak-anak anda tidak mesra dengan anda lagi?

4. Mampu memiliki banyak perniagaan dalam satu masa

Ikut suka anda…anda mahu samada 1, 3, 5 atau 10 jenis perniagaan. Ciptakan laman web yang berbeza, bisness yang berbeza dan internet melakukan semuanya untuk anda. Cara ini adalah suatu kelebihan bagi anda untuk mendapatkan multiple sources of income .

Contoh pendapatan internet bagi setiap laman web pada satu bulan.

Laman web 1 : RM1000

Laman web 2 : RM1500

Laman web 3 : RM4000

Laman web 4 : RM500

JUMLAH pendapatan anda untuk satu bulan = RM 7000

5. Tiada tekanan fizikal dan mental

Anda sekarang adalah BOSS. Ya, tiada siapa lagi boleh memarahi anda kerana datang lewat ke pejabat, kerja tidak siap, berlaku kerosakan dan sebagainya kerana anda kini BOSS. Masa kerja, cuti, makan, rehat dan sebagainya sekarang di tangan anda.

6. Prospek begitu besar

Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini, di anggarkan pengguna internet di seluruh dunia adalah seramai 1.04 bilion. Manakala pengguna internet di Malaysia sahaja mencecah 10 juta dan di Asia ( benua yang mempunyai bilangan penduduk terbanyak di dunia) di anggarkan berjumlah 380 juta adalah pengguna internet dan ia bakal menjadi pelanggan anda. Sila rujuk http://www.internetworldstats.com/stats/htm untuk melihat statistik pengguna internet di dunia.

Semoga Berjaya,

Mohd Zainuddin B Che Ismail

017-3160408

syeikh_myfren@yahoo.com

Leave a Reply