Diari Kehidupan


Revolusi Perniagaan Internet

Posted in Uncategorized by syeikh on the March 30, 2007

Adakah anda sedang berjinak-jinak dengan bisness internet? Tahniah, anda sebenarnya telah mengambil langkah yang betul dan saya jamin ia boleh membantu anda menambah pendapatan yang lumayan. Tetapi ingat, orang-orang yang berjiwa besar, tidak mudah berputus asa, sanggup mengambil risiko dan orang-orang yang berfikiran positif sahaja boleh berjaya dalam bidang ini. Saya harap anda tergolong dalam golongan tersebut.

Kenapa Perniagaan Internet ?

Perniagaan Internet pada hari ini telah melahirkan ramai jutawan di peringkat global. Malaysia juga telah melahirkan jaguh-jaguh ini seperti Dr. Irfan Khairi, Gobala Krishnan dan lain-lain lagi.

Kelebihan Perniagiaan Internet

1. Tidak memerlukan modal besar dan ruang pejabat

Bagi perniagaan konvensional lain, ia memerlukan ruang pejabat yang besar untuk pengurusan dan setor untuk penyimpanan barang dan ini tentunya memerlukan modak yang besar bukan? Mungkin sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit. Tetapi tidak untuk anda yang menjalankan bisness internet…kenapa? kerana anda tidak memerlukan itu semua dan modalnya hanyalah kecil sekitar RM500 dan mungkin lebih rendah lagi.

Mula-mula saya buat bisness internet hanyalah dengan RM30 sahaja. Anda tidak percaya? Tetapi itulah kebenarannya dan daripada RM30 itu, ia telah berubah menjadi 10 hingga 20 kali ganda sekarang untuk setiap bulan. Memang berbaloi… kenapa saya katakan anda tidak memerlukan premis perniagaan yang besar? Kerana anda hanya perlukan sebuah website sahaja. Sebuah website yang bagus menyamai sebuah gedung perniagaan malah lebih daripada itu.

Lebih tepat lagi, anda hanya perlukan sebuah komputer yang mempunyai talian internet, sebuah meja dan sebuah kerusi. Itu

2. Tidak memerlukan ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka

Dengan perniagaan internet, anda bukan sahaja tidak memerlukan ramai pekerja tetapi anda boleh melakukannya hanya seorang diri. Segala-galanya digital dan automatik. Bagi perniagaan konvensional lain, mereka memerlukan ramai pekerja tetap dan sudah tentunya perlu membayar gaji mereka apabila cukup bulan bukan? Di sinilah keuntungan anda,

3. Mempunyai banyak masa terluang

Anda boleh melakukannya hanya bersama isteri tersayang atau suami, di rumah dan mempunyai banyak masa untuk anak-anak anda. Anugerah yang paling besar ialah anda dapat melihat perkembangan anak-anak anda di depan mata sehingga mereka dewasa.

Jika orang lain terpaksa bangun pagi seawal 7.00 pagi dan terpaksa menempuhi jalan raya yang sesak untuk ke pejabat, anda masih boleh membungkus diri di dalam selimut. ( tapi jangan lupa bangun solat subuh pulak..hehe).

Menjana Pendapatan Melalui Blog

Posted in Uncategorized by syeikh on the December 3, 2006

Panduan Bina Blog WordPressBlog adalah laman web berupa diari di internet yang sentiasa dikemaskinikan dengan pelbagai cerita, pendapat, peristiwa, dan sebagainya.
Blog mempunyai pelbagai ciri menarik yang mudah dilaksanakan pemilik blog. Ciri-ciri adalah seperti mengemaskini isi kandungan, memberi komentar dan pendapat, berhubung antara pengguna laman web, dan juga membina jaringan laman web.

Hasil kajian menunjukkan peratus pengaruh pengguna laman web pada blog meningkat setiap bulan.

Bagaimana cara wang dihasilkan daripada blog?
1. BLOG membantu di dalam pemasaran di internet. Blog dapat mengeratkan perniagaan anda dengan pengguna internet di mana mereka dapat mengenali anda dengan lebih dekat lagi.

2. Di Malaysia, penulis novel, pelakon, penyanyi, dan para usahawan sudah mula menceburi penulisan blog ini. Hasilnya adalah menguntungkan di mana promosi mereka amat berkesan menerusi blog.

3. Blog yang bersifat interaktif membolehkan pengguna internet yang berminat baik dengan produk / perkhidmatan yang diberikan ataupun dengan pemilik laman web itu mengeratkan hubungan di antara pengunjung dengan pemilik blog.

4. Blog sentiasa dikemaskinikan. Maka sudah pasti pengunjung yang berminat akan terus datang setiap hari melihat sesuatu yang baru. Anda tidak perlu memberitahu mereka selepas anda melakukan pengemaskinian kerana pasti pengunjung anda akan datang semula ke blog anda.

5. Blog juga berupa harta intelek anda. Anda dapat menulis sesuatu perkara bagi dikongsikan bersama pengunjung blog anda. Dengan adanya artikel-artikel hasil penulisan anda, blog anda mempunyai lebih maklumat dan dapat menarik pengunjung .

6. Blog membina kredibiliti. Anda menjadi pakar dengan apa yang anda tulis di dalam blog.

7. Blog dapat membina keyakinan pengunjung dengan apa yang anda tulis. Sudah pasti isi kandungan yang dikenali sebagai ENTRY sedikit sebanyak dapat meyakinkan pembaca blog anda dengan apa yang anda bincangkan.

8. Blog mempunyai komuniti yang besar. Blog dapat membina jaringan perniagaan anda dengan mudah. Ia memberi kesan yang besar di dalam pemasaran viral.

9. Blog adalah PERCUMA.

10. Syarikat menyediakan perkhidmatan blog sudah sedia popular. Maka blog anda juga akan turut popular kerana setiap blog yang wujud mempunyai pautan terus dengan syarikat itu.

Sepuluh faedah sudah disenaraikan jika anda mempunyai blog. Blog dapat menjadikan minat di samping anda menjana untung.

Contoh-contoh syarikat yang menawarkan perkhidmatan blog adalah seperti:
http://www.blogger.com
http://www.blogdrive.com
http://www.livejournal.com
http://www.diaryland.com

Ingat, pengaruh blog semakin meningkat setiap hari. Begitu juga penulis blog. Anda seharusnya tidak melepaskan peluang ini di dalam memasarkan produk/perkhidmatan perniagaan anda.

Panduan Bina Blog WordPress